Setelah hampir enam bulan memerah keringat, para penari dari Sekolah Rendah Punggol telah berjaya mencapai anugerah emas dalam Pesta Belia Singapura (SYF) yang berlangsung pada 17 April lalu.
Tahniah dan syabas kami ucapkan! Terus berikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan!
Thursday, 19 April 2012
Minggu Bahasa Ibunda (Penggal 2)
Minggu Bahasa Ibunda kali ini bertemakan bangsawan. Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aspek persembahan bangsawan seperti watak-watak, bahasa, jenis cerita, props dan lain-lain lagi.
Pada hari pertama, murid-murid telah menonton sedutan video bangsawan berjudul "Tun Fatimah" dan diikuti dengan penerangan Cikgu Mahirah mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam bangsawan. Pada hari kedua pula, murid-murid telah diterangkan mengenai artifak-artifak yang digunakan dalam persembahan bangsawan seperti keris, sanggul, tanjak dan lain-lain lagi. Pada hari ketiga pula, bakat beberapa orang murid telah dapat dilihat menerusi sesi main peran.
Apakah bahagian yang telah menarik perhatian kamu pada Minggu Bahasa Ibunda kali ini?
Ayuh kongsi bersama kami =)
Wednesday, 18 April 2012
SYABAS!!!
Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Punggol ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang menyertai Kuiz Cepat Tepat 2012! Setelah berjaya merangkul gelaran Juara bagi peringkat zonal (utara), mereka sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah kerana telah dapat memenangi pusingan separuh akhir. Mereka telah melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan dirakamkan di studio Caldecott. Nantikan butiran lanjut mengenai tayangan di saluran Suria.
PUNGGOL UNGGUL!
(Atiqah, Iqmal, Zulhilmi dan Nuha sedang giat beraksi )
Subscribe to:
Posts (Atom)
