Minggu Bahasa Ibunda kali ini bertemakan bangsawan. Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aspek persembahan bangsawan seperti watak-watak, bahasa, jenis cerita, props dan lain-lain lagi.
Pada hari pertama, murid-murid telah menonton sedutan video bangsawan berjudul "Tun Fatimah" dan diikuti dengan penerangan Cikgu Mahirah mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam bangsawan. Pada hari kedua pula, murid-murid telah diterangkan mengenai artifak-artifak yang digunakan dalam persembahan bangsawan seperti keris, sanggul, tanjak dan lain-lain lagi. Pada hari ketiga pula, bakat beberapa orang murid telah dapat dilihat menerusi sesi main peran.
Apakah bahagian yang telah menarik perhatian kamu pada Minggu Bahasa Ibunda kali ini?
Ayuh kongsi bersama kami =)
Saya rasa tema bagi bahasa ibunda kali ini memang seronok. Saya telah mempelajari tentang beberapa busana melayu dan juga teater bangsawan.Saya berharap kita akan mengadakan bahasa ibunda seperti ini lagi pada masa akan datang.
ReplyDeleteIthar Nur Iqmal
P6-5
Saya pun mempunyai idea yang sama dengan kamu! Saya telah mempelajari banyak tentang bangsawan. Saya pun suka skit yang dilakonkan oleh seorang murid darjah 4(perempuan) dan seorang murid darjah 6(lelaki)!
DeleteSaya steuju sekali!
Deleteminggu itu saya belajar banyak tentang budaya melayu. Ia sangat seronok.
ReplyDeleteAdli 4-5