Tuesday, 29 May 2012

TAHNIAH!! Punggol Unggul!

Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan kita semua telah pun tiba!!!  Pasukan Kuiz Cepat Tepat telah berjaya meraih tempat kedua dalam pusingan akhir (nasional) kuiz itu yang diadakan pada hari Ahad lalu.  Ithar Nur Iqmal, Muhd Zulhilmi, Nuha dan Nur Atiqah telah menunjukkan semangat sepasukan yang padu sepanjang kuiz ini dijalankan.  Segala kerja keras mereka telah membuahkan hasil yang sungguh membanggakan kita semua!

  Syabas dan tahniah kepada mereka! 


Kami, guru-guru dari Jabatan Bahasa Melayu juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid dan juga ibu bapa yang sudi hadir untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan kuiz Cepat Tepat ini.

Semestinya, kenangan manis ini tidak akan dapat dilupakan. =))

Jangan lupa saksikan mereka beraksi di saluran Suria pada 3hb (pusingan separuh akhir) dan 10hb (pusingan akhir)  Jun pada jam 8.30 malam.


Sewaktu menerima hadiah...


 

Bergambar bersama Mr Hanafi (Naib Pengetua), Encik Hawazi Daipi (Tetamu Terhormat) dan
Cikgu Mahirah (Guru Pembimbing)

Sewaktu diwawancara...

Lawatan ke Galeri Warisan di Kelab Masyarakat Kampung Ubi

Pada tanggal 19 Mei yang lalu, kami telah dibawa oleh Cikgu Mahirah ke Kelab Masyarakat Kampung Ubi sebagai sebahagian daripada persiapan untuk peringkat akhir Kuiz Cepat Tepat.  Kami dapat melihat banyak barang-barang yang berkaitan dengan kesenian Melayu yang ditempatkan di sebuah galeri.  Kami dapat melihat artifak-artifak senjata-senjata Melayu, permainan tradisional dan lain-lain lagi.

Salah satu artifak yang dapat kami lihat ialah tepak sirih.  Tepak sirih adalah sebuah bekas dan bahan-bahan untuk membuat sirih disimpan di situ.  Ia mengandungi kapur sirih, bunga cengkih, gambir, tembakau dan pinang.  Pinang akan dipecahkan dengan sebuah alat yang dipanggil kacip. 

Selain itu, kami juga dapat melihat pengadun roti jala yang digunakan untuk mengirai roti tersebut.  Adunan tepung, telur, air, garam dan pewarna yang telah diadunkan akan diceduk dengan menggunakan pengadun roti kirai.  Kemudian, pengadun itu perlu dipusing-pusingkan sehinggalah terhasil bentuk roti kirai.  Kini, pengadun roti kirai boleh didapati dalam bentuk botol.

Selanjutnya, kami juga dapat mellihat pengadun yang digunakan untuk membuat kuih kapit atau lebih dikenali sebagai 'Love Letters'.  Kuih kapit ini mempunyai empak corak yang berbeza iaitu yang berbentuk gulung, ros, segi empat dan segi tiga. 

Pada keseluruhunannya,kami telah mempelajari banyak artifak yang digunakan masyarakat Melayu.



Sumbangan oleh: Iqmal & Nur Atiqah

Tuesday, 1 May 2012

Cepat Tepat di Ria 89.7FM

Ayuh luangkan masa mendengar radio Ria 89.7FM pada setiap hari Isnin dan Rabu, jam 8 malam untuk mengikuti rakaman pertandingan kuiz Cepat Tepat 2012.  Kamu juga boleh mendengar secara langsung menerusi lelaman ini --> http://radio.mediacorp.sg/RadioLive/ria897.aspx