Tuesday, 29 May 2012

Lawatan ke Galeri Warisan di Kelab Masyarakat Kampung Ubi

Pada tanggal 19 Mei yang lalu, kami telah dibawa oleh Cikgu Mahirah ke Kelab Masyarakat Kampung Ubi sebagai sebahagian daripada persiapan untuk peringkat akhir Kuiz Cepat Tepat.  Kami dapat melihat banyak barang-barang yang berkaitan dengan kesenian Melayu yang ditempatkan di sebuah galeri.  Kami dapat melihat artifak-artifak senjata-senjata Melayu, permainan tradisional dan lain-lain lagi.

Salah satu artifak yang dapat kami lihat ialah tepak sirih.  Tepak sirih adalah sebuah bekas dan bahan-bahan untuk membuat sirih disimpan di situ.  Ia mengandungi kapur sirih, bunga cengkih, gambir, tembakau dan pinang.  Pinang akan dipecahkan dengan sebuah alat yang dipanggil kacip. 

Selain itu, kami juga dapat melihat pengadun roti jala yang digunakan untuk mengirai roti tersebut.  Adunan tepung, telur, air, garam dan pewarna yang telah diadunkan akan diceduk dengan menggunakan pengadun roti kirai.  Kemudian, pengadun itu perlu dipusing-pusingkan sehinggalah terhasil bentuk roti kirai.  Kini, pengadun roti kirai boleh didapati dalam bentuk botol.

Selanjutnya, kami juga dapat mellihat pengadun yang digunakan untuk membuat kuih kapit atau lebih dikenali sebagai 'Love Letters'.  Kuih kapit ini mempunyai empak corak yang berbeza iaitu yang berbentuk gulung, ros, segi empat dan segi tiga. 

Pada keseluruhunannya,kami telah mempelajari banyak artifak yang digunakan masyarakat Melayu.



Sumbangan oleh: Iqmal & Nur Atiqah

No comments:

Post a Comment