Tuesday, 29 May 2012

TAHNIAH!! Punggol Unggul!

Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan kita semua telah pun tiba!!!  Pasukan Kuiz Cepat Tepat telah berjaya meraih tempat kedua dalam pusingan akhir (nasional) kuiz itu yang diadakan pada hari Ahad lalu.  Ithar Nur Iqmal, Muhd Zulhilmi, Nuha dan Nur Atiqah telah menunjukkan semangat sepasukan yang padu sepanjang kuiz ini dijalankan.  Segala kerja keras mereka telah membuahkan hasil yang sungguh membanggakan kita semua!

  Syabas dan tahniah kepada mereka! 


Kami, guru-guru dari Jabatan Bahasa Melayu juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid dan juga ibu bapa yang sudi hadir untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan kuiz Cepat Tepat ini.

Semestinya, kenangan manis ini tidak akan dapat dilupakan. =))

Jangan lupa saksikan mereka beraksi di saluran Suria pada 3hb (pusingan separuh akhir) dan 10hb (pusingan akhir)  Jun pada jam 8.30 malam.


Sewaktu menerima hadiah...


 

Bergambar bersama Mr Hanafi (Naib Pengetua), Encik Hawazi Daipi (Tetamu Terhormat) dan
Cikgu Mahirah (Guru Pembimbing)

Sewaktu diwawancara...

3 comments:

  1. Walaupun kami tidak menjadi juara malam itu, kami berasa amat gembira kerana dapat mengharumkan nama sekolah. Selain itu, kami dapat mengetatkan tali persahabatan kami semasa latihan kuiz Cepat Tepat. :D Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mahirah kerana membimbing kami sehinggalah pusingan akhir ini.
    :)
    Nur Atiqah Binte Mohamad
    6-3

    ReplyDelete
  2. Saya berharap bahawa Punggol akan sentiasa unggul dan saya juga akan rindu latihan cepat tepat yang selalu menceriakan saya.

    Zulhilmi
    6-3

    ReplyDelete
  3. Cikgu di sini sangat bangga dengan kejayaan kamu semua. Pengalaman membimbing kamu berempat, sememangnya sesuatu yang amat bermakna buat diri saya. Semoga terus berusaha gigih dalam apa jua perkara yang kamu lakukan. =))

    Cikgu Mahirah =))

    ReplyDelete