Wednesday, 27 June 2012

Selamat Kembali ke Sekolah!!!

Minggu pertama sekoah telah pun bermula.  Kami di sini berharap kamu semua sudah bersedia untuk fokus kepada pelajaran.  Buat jadual harian agar masa yang secukupnya dapat diluangkan untuk kedua-dua pelajaran dan waktu rehat. Dan jangan lupa.........

SENYUM-SENYUM SELALU
agar hari kamu lebih ceria!!! 

Friday, 22 June 2012

Berdarmawisata ke Sarawak - Hari Keempat

Hari ini merupakan hari keempat kami di Sarawak.  Kami berpeluang untuk berkunjung ke Perkampungan Budaya Sarawak.  Kami sampai ke perkampungan itu pada jam 10pagi.  Di sana, kami dapat melihat rumah orang Iban, Ulu, Melanau dan lain-lain lagi.  Rumah Ulu dan Melanau sangat tinggi! Kami juga berkesempatan untuk menonton persembahan budaya di sana.  Selain itu, kami belajar membuat cincin dan tarian tradisional orang Sarawak.  Menarik sungguh dan sangat menyeronokkan persembahan mereka! 
Kami berasa sangat gembira kerana dapat pergi ke Sarawak.  Banyak perkara yang telah pelajari di sana.  Kami juga berpeluang untuk membuat kawan di sana.  Kami ingin sekali berkunjung ke sana lagi jika ada kesempatan.

Hasil kerja kumpulan 4
Ahmad Ukail, Hafiy Adam, Nurhidayati, Nabilah Rosman, Nur Fazrena, Nur Fatin Ayuni

Disunting oleh Cikgu Mahirah










Thursday, 21 June 2012

Berdarmawisata ke Sarawak - Hari Ketiga

Kami sekali lagi berpeluang untuk melawat sebuah sekolah di Sarawak.  Kali ini, kami telah ke Sekolah Kebangsaan Telaga Air.  Sekolah itu terletak di kawasan kampung.  Di sana, kami telah dapat berinteraksi dengan murid-murid sekolah itu.  Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan berpeluang untuk berinteraksi dengan murid-murid di sana.  Pada pendapat kami, mereka dapat belajar dengan baik walaupun persekitaran kurang baik.  Kami berasa gembira dapat berkawan dengan mereka.










Selepas ke sekolah, kami telah ke Kampung Telaga Air untuk melihat dengan lebih dekat cara kehidupan orang-orang kampung.  Murid-murid perempuan dapat mempelajari cara untuk membuat kuih baulu yang sungguh senang dan ringkas.  Adunan baulu perlu dipukul dengan sebati sebelum dibakar supaya baulu yang dibakar itu akan garing.  Murid-murid lelaki pula belajar cara untuk bermain kompang.  

Kemudian, setiap kumpulan telah berkunjung ke rumah yang berbeza.  Rumah-rumah mereka amat unik dan menarik.  Ruang tamu rumah mereka sangat luas dan terdapat banyak tanam-tanaman dan pokok-pokok bunga yang ditanam di sekitar rumah mereka.  Ada juga ayam jantan dan betina yang berkeliaran di kawasan rumah mereka.  Kami juga dihidangkan dengan jamuan ringan apabila kami berada di sana.  Sungguh seronok pengalaman sewaktu berada di rumah mereka!  Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama.

Setelah itu, kami bertolak ke kedai kek lapis Dayang Salhah.  Ada banyak jenis kek lapis yang dijual di sana.  Kami dapat merasa kek itu sebelum membelinya.  Nama dan warna bagi kek-kek lapis itu sangat unik. 

Esok, kami akan pulang ke Singapura.  Sungguh cepat masa berlalu ya…

Hasil kerja Kumpulan 3
Suaidil, Nabeel, Nurhaqirah, Noor Faizah, Humaira & Zahirah

Disunting oleh Cikgu Mahirah

Wednesday, 20 June 2012

Berdarmawisata ke Sarawak - Hari Kedua

Tempat pertama yang telah kami kunjungi pada hari kedua ialah Sekolah Kebangsaan Green Road.  Di sana kami disambut dengan begitu meriah dan dapat melihat banyak persembahan sempena berakhirnya Hari Gawai.  Lima orang murid dari sekolah kami telah menyertai peraduan mendeklamasi sajak yang dianjurkan mereka.  Murid-murid Sekolah Rendah Green Road telah dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.  Kami juga telah membuat persembahan nyanyian.  Kami gembira dapat pergi ke sana.






Setelah makan tengah hari, kami telah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.  Kami dapat melihat pokok-pokok yang terdapat di sana.  Pada jam 3 petang, kami berjalan ke tempat orang itu diberi makan.  Kami menunggu agak lama untuk melihat orang utan.  Akhirnya, muncullah seekor orang utan! Kami berasa sangat teruja dapat melihat orang utan yang bergayut dari satu bahagian ke bahagian yang lain.



Seterusnya, kami pergi ke rumah panjang orang Bidayuh.  Rumah-rumah di situ bercantuman.  Lantainya dibuat daripada buluh yang dibelah dua.  Kami dapat meneroka kawasan perkampungan orang Bidayuh dan bertemu dengan orang-orang Bidayuh di sana.  Kami berasa kagum kerana mereka yang tinggal di situ tidak kerap menggunakan bekalan elektrik.  Mereka tidak menggunakan barang-barang elektrik seperti peti ais, kipas dan lain-lain.


Keseluruhannya, pengalaman pada hari ini telah banyak meluaskan pengetahuan kami.

Hasil kerja Kumpulan 2
Irfan, Rifqi, Nurul Umairah, Murnie Rasyiqah, Nabilah Shukran & Batrisyia Sabrina

Disunting oleh Cikgu Mahirah

Tuesday, 19 June 2012

Berdarmawisata ke Sarawak - Hari Pertama

Pada hari pertama, murid-murid dikehendaki untuk berkumpul di Lapangan Terbang Changi pada jam pagi.  Penerbangan kami ke Sarawak memakan masa selama 1 jam 15 minit.  Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira pada jam 9.40 pagi.  Setelah itu, kami dibawa ke Kilang Pasu Yong Huat Heng untuk melihat bagaimana pasu dihasilkan.  Kami juga dapat mencuba untuk membuat pasu.  Kami rasakan perkara itu bukan mudah untuk dilakukan.  Kami juga dapat membeli pasu-pasu yang cantik-cantik belaka. 

Kami berasa ghairah apabila diberitahu bahawa kami akan makan tengah hari tidak lama lagi.  Antara makanan yang dihidangkan ialah nasi goreng Thai, sup bebola ikan dan salada epal.  Kami berasa kenyang dan sangat gembira.

Kemudian, pemandu pelancong kami membawa kami berisar-siar di sekitar Bandar Kuching dengan menaiki bas persiaran kami.  Kami juga dikenalkan dengan bahasa Sarawak.  Contohnya, perkataan pesawat disebut sebagai belon.  Seterusnya, kami dibawa ke Muzium Sarawak dan Muzium Islam untuk mempelajari budaya orang Sarawak seperti keadaan rumah mereka dan pakaian mereka.  Di Muzium Islam pula, kami dapat melihat banyak artifak-artifak orang Islam.

Pada kira-kira jam 5 petang, kami mendaftar masuk ke Hotel Riverview Majestic.  Kami sangat suka hotel ini kerana keadaannya bersih dan cantik.  Selepas itu, kami dijamu dengan makanan laut yang enak untuk makan malam kami.

Hasil kerja Kumpulan 1
Azimmie, Firdaus, Khalis, Fharizan, Alisha & Syafiqah

Disunting oleh Cikgu Mahirah

Bergambar di Lapangan Terbang Changi

Membuat pasu!

Bergambar di bandar Kuching

Makan Malam!

Friday, 1 June 2012

Perkhemahan Budaya

Musim cuti sekolah telah pun tiba.  Apakah yang agaknya dilakukan oleh kamu semua untuk mengisi masa lapang?  Guru-guru di Punggol berharap kamu semua dapat menggunakan masa sebaik-baiknya untuk beriadah, merehatkan minda dan juga mengulangkaji pelajaran. =))

Semalam, murid-murid darjah 4 telah menghadiri perkhemahan budaya.  Mereka telah berpeluang untuk mempelajari serba sedikit mengenai budaya Cina, Melayu dan juga India.  Antara perkara-perkara yang telah mereka pelajari ialah jenis-jenis gendang, cara mengirai roti jala, rempah ratus yang digunakan dalam masakan India, bermain catur Cina dan sebagainya.

Gambar-gambar berikut menunjukkan murid-murid sedang giat mengambil bahagian dalam sesi yang diadakan.





Bagi murid-murid darjah 4, apakah stesen budaya yang paling kamu gemari? 

Yang lain pula, ayuh berkongsi aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan pada cuti sekolah ini?

SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!