Wednesday, 20 June 2012

Berdarmawisata ke Sarawak - Hari Kedua

Tempat pertama yang telah kami kunjungi pada hari kedua ialah Sekolah Kebangsaan Green Road.  Di sana kami disambut dengan begitu meriah dan dapat melihat banyak persembahan sempena berakhirnya Hari Gawai.  Lima orang murid dari sekolah kami telah menyertai peraduan mendeklamasi sajak yang dianjurkan mereka.  Murid-murid Sekolah Rendah Green Road telah dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.  Kami juga telah membuat persembahan nyanyian.  Kami gembira dapat pergi ke sana.






Setelah makan tengah hari, kami telah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.  Kami dapat melihat pokok-pokok yang terdapat di sana.  Pada jam 3 petang, kami berjalan ke tempat orang itu diberi makan.  Kami menunggu agak lama untuk melihat orang utan.  Akhirnya, muncullah seekor orang utan! Kami berasa sangat teruja dapat melihat orang utan yang bergayut dari satu bahagian ke bahagian yang lain.



Seterusnya, kami pergi ke rumah panjang orang Bidayuh.  Rumah-rumah di situ bercantuman.  Lantainya dibuat daripada buluh yang dibelah dua.  Kami dapat meneroka kawasan perkampungan orang Bidayuh dan bertemu dengan orang-orang Bidayuh di sana.  Kami berasa kagum kerana mereka yang tinggal di situ tidak kerap menggunakan bekalan elektrik.  Mereka tidak menggunakan barang-barang elektrik seperti peti ais, kipas dan lain-lain.


Keseluruhannya, pengalaman pada hari ini telah banyak meluaskan pengetahuan kami.

Hasil kerja Kumpulan 2
Irfan, Rifqi, Nurul Umairah, Murnie Rasyiqah, Nabilah Shukran & Batrisyia Sabrina

Disunting oleh Cikgu Mahirah

4 comments:

  1. hello...saya cikgu dari sk telaga air,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello! terima kasih mengunjungi blog kami. Murid2 sekolah saya masih menyanyi-nyanyikan lagu aku anak kampung yang dinyanyikan oleh murid-murid telaga air yang diiringi dengan paluan kompang. amat meninggalkan kesan.
      Cikgu Norwati

      Delete
  2. Sk Green Road sangat menarik! Mereka memberi beg semasa kita tiba. Mereka berjoget juga! Kita ke dewan sekolah mereka. Mereka telah menyediakan beberapa persembahan. Kita pun memberi perhatian. semasa mereka menjemput kita berjoget, kita pun berjoget! Sangat gembira saya!

    ReplyDelete
  3. Nurhaqirah Hamzah23 June 2012 at 22:38

    Menunggu ketibaan Orang Utan memang mengambil lama masanya, tetapi, ia memberi saya peluang untuk mendengar suara dan melihat kelibat binatang-binatang lain yang tinggal di dalam hutan.

    ReplyDelete