Hari ini merupakan hari keempat kami di Sarawak. Kami berpeluang untuk berkunjung ke Perkampungan Budaya Sarawak. Kami sampai ke perkampungan itu pada jam 10pagi. Di sana, kami dapat melihat rumah orang Iban, Ulu, Melanau dan lain-lain lagi. Rumah Ulu dan Melanau sangat tinggi! Kami juga berkesempatan untuk menonton persembahan budaya di sana. Selain itu, kami belajar membuat cincin dan tarian tradisional orang Sarawak. Menarik sungguh dan sangat menyeronokkan persembahan mereka!
Kami berasa sangat gembira kerana dapat pergi ke Sarawak. Banyak perkara yang telah pelajari di sana. Kami juga berpeluang untuk membuat kawan di sana. Kami ingin sekali berkunjung ke sana lagi jika ada kesempatan.
Saya juga kagum dengan dua orang lelaki yang berkaum ,saya rasa Orang Ulu atau Iban,dapat membuat penonton-penonton gelak tanpa bercakap sepatah perkataan! Sungguh hebat!
ReplyDeleteSemasa menonton persembahan di sana, saya sangat suka pada masa yang dua orang lelaki yang sedang meniup sumpit. Mereka meniup sumpit ke arah belon. Mereka sangat kelakar! Mereka menyuruh seorrang gadis meniup sumpit ke penonton!
ReplyDeleteSaya rasa amat seronok apabila lihat persembahan di Cultural Village. Saya suka menonton tari tradisional mereka.Saya suka apabila seorang lelaki sedang memanjat buluh yang tinggi. Saya rasa ia amat menarik dan sungguh hebat!!!
ReplyDeleteSaya suka persembahan dua orang lelaki yang meniup sumpit. Ia sangat menyeramkan kerana mereka munyuruh seorang gadis untuk meniup penonton. Sungguh hebat sekali persembahan mereka!!!
ReplyDeleteSaya suka persembahan dibuat oleh orang-orang yang berkelainan agama dari kita...saya rasa kedatangan kita ke cultural village sungguh hebat...Dan saya suka bila perempuan itu meniup sumpit!
ReplyDeletePersembahan budaya itu mendedahkan kita kepada budaya, kaum dan pakaian mereka. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta! Saya pun suka sangat dengan pertunjukan meniup sumpit. Lelaki itu mahir dan dapat menyumpit tepat pada sasaran. Sebagai pengajaran, murid-murid juga harus berusaha untuk mencapai matlamat dalam pelajaran ya!
ReplyDeleteCikgu Norwati