Selepas ke sekolah, kami telah ke
Kampung Telaga Air untuk melihat dengan lebih dekat cara kehidupan orang-orang
kampung. Murid-murid perempuan dapat
mempelajari cara untuk membuat kuih baulu yang sungguh senang dan ringkas. Adunan baulu perlu dipukul dengan sebati
sebelum dibakar supaya baulu yang dibakar itu akan garing. Murid-murid lelaki pula belajar cara untuk
bermain kompang.
Kemudian, setiap kumpulan telah
berkunjung ke rumah yang berbeza. Rumah-rumah
mereka amat unik dan menarik. Ruang tamu
rumah mereka sangat luas dan terdapat banyak tanam-tanaman dan pokok-pokok
bunga yang ditanam di sekitar rumah mereka.
Ada juga ayam jantan dan betina yang berkeliaran di kawasan rumah
mereka. Kami juga dihidangkan dengan
jamuan ringan apabila kami berada di sana.
Sungguh seronok pengalaman sewaktu berada di rumah mereka! Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama.
Setelah itu, kami bertolak ke
kedai kek lapis Dayang Salhah. Ada
banyak jenis kek lapis yang dijual di sana.
Kami dapat merasa kek itu sebelum membelinya. Nama dan warna bagi kek-kek lapis itu sangat
unik.
Esok, kami akan pulang ke
Singapura. Sungguh cepat masa berlalu ya…
Hasil kerja Kumpulan 3
Suaidil, Nabeel, Nurhaqirah, Noor Faizah, Humaira & Zahirah
Disunting oleh Cikgu Mahirah
Membuat kueh bahulu sebenarnya senang sekali. Tetapi, yang susahnya ialah untuk memastikan acuan bahulu yang sudah dibakar tidak hangus. Cubalah!
ReplyDeleteSaya belajar bahasa Jawi di SK Telaga Air. Hanya mengeja Malaysia pun saya tidak boleh. Saya pun bermain kompang sambil menyanyi Anak Kampong di Kampung Telaga Air. Pak Pum Pak Pum!
ReplyDeletesatu pengalaman yang manis bagi murid-murid darjah 5. kunjungan ke sekolah itu memberi kesan kepada saya sebagai seorang guru, bahawasanya keadaan persekitaran tempat tinggal dan sekolah tidak menjadi penghalang bagi murid-murid untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran.
ReplyDeleteCikgu Norwati