Kami berasa ghairah apabila diberitahu bahawa kami akan
makan tengah hari tidak lama lagi. Antara
makanan yang dihidangkan ialah nasi goreng Thai, sup bebola ikan dan salada
epal. Kami berasa kenyang dan sangat
gembira.
Kemudian, pemandu pelancong kami membawa kami berisar-siar
di sekitar Bandar Kuching dengan menaiki bas persiaran kami. Kami juga dikenalkan dengan bahasa
Sarawak. Contohnya, perkataan pesawat disebut sebagai belon.
Seterusnya, kami dibawa ke Muzium Sarawak dan Muzium Islam untuk
mempelajari budaya orang Sarawak seperti keadaan rumah mereka dan pakaian
mereka. Di Muzium Islam pula, kami dapat
melihat banyak artifak-artifak orang Islam.
Pada kira-kira jam 5 petang, kami mendaftar masuk ke Hotel
Riverview Majestic. Kami sangat suka
hotel ini kerana keadaannya bersih dan cantik.
Selepas itu, kami dijamu dengan makanan laut yang enak untuk makan malam
kami.
Hasil kerja Kumpulan 1
Azimmie, Firdaus, Khalis, Fharizan, Alisha & Syafiqah
Disunting oleh Cikgu Mahirah
Bergambar di Lapangan Terbang Changi
Membuat pasu!
Bergambar di bandar Kuching
Makan Malam!
Makan malam hari pertama memang sedap! Sangat menarik Muzium Sarawak dan Muzium Islam! Bandar Kuching besar! Banyak kuching di situ ;D Membuat pasu susah tetepi menyoronokkan! Memang seronok!
ReplyDeleteSaya setuju dengan Ukail! Membuat pasu memang mencabarkan tetapi sungguh seronok! Muzium-muzium di sana sungguh menarik!
ReplyDeleteHmm, benarkah nama bandar kucing ini diambil sempena nama kucing? Siapa boleh jawab cikgu akan beri hadiah misteri! Soalan ini hanya untuk murid-murid sahaja ya!
ReplyDeleteCikgu Norwati
nama kucing bukanlah diambil sempena kucing...
ReplyDelete